Sunday, July 12, 2009

KEM KEPONG TAHUN 6 (2009)



Kem Kecemerlangan UPSR (KEPONG) telah dijalankan dengan jayanya pada 27 Mac 2009 hingga 29 Mac 2009 di Kem KEDA, Bendang Man, Sik, Kedah. Kem ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan calon UPSR kepada soalan-soalan UPSR serta teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang sebenar. Selain itu, kem ini diadakan untuk memberi motivasi kepada setiap calon agar mereka lebih berkeyakinan dalam menhadapi UPSR. Semua guru dan ibu bapa murid SK Felda Lepang Nenering telah memberikan kerjasama yang terbaik bagi menjayakan kem ini.

Thursday, July 9, 2009

BENGKEL USAHASAMA UPSR 2009 SKFLN DENGAN SK KUAK HULU



Satu Bengkel Usahasama UPSR 2009 antara SK Felda Lepang Nenering dan SK Kuak Hulu telah diadakan dengan jayanya pada 9 Mei yang lalu. Bengkel ini melibatkan dua buah sekolah yang sama-sama tujuannya, iaitu menghasilkan murid cemerlang UPSR 2009. Antara tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan awal kepada calon-calon UPSR 2009 terhadap soalan-soalan UPSR. Tujuan dilaksanakan secara usahasama ini pula ialah bagi membuka minda murid-murid disamping dapat berkongsi idea dan pengetahuan serta konsep belajar bersama tidak kira perbezaan sekolah atau latar belakang. Kerjasama guru-guru dari kedua-dua buah sekolah ini amat baik. Semoga bengkel seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

selamat datang

hIIIIIII

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com | Distributed by Deluxe Templates 2008

Back to TOP