Thursday, July 9, 2009

BENGKEL USAHASAMA UPSR 2009 SKFLN DENGAN SK KUAK HULU



Satu Bengkel Usahasama UPSR 2009 antara SK Felda Lepang Nenering dan SK Kuak Hulu telah diadakan dengan jayanya pada 9 Mei yang lalu. Bengkel ini melibatkan dua buah sekolah yang sama-sama tujuannya, iaitu menghasilkan murid cemerlang UPSR 2009. Antara tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan awal kepada calon-calon UPSR 2009 terhadap soalan-soalan UPSR. Tujuan dilaksanakan secara usahasama ini pula ialah bagi membuka minda murid-murid disamping dapat berkongsi idea dan pengetahuan serta konsep belajar bersama tidak kira perbezaan sekolah atau latar belakang. Kerjasama guru-guru dari kedua-dua buah sekolah ini amat baik. Semoga bengkel seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com | Distributed by Deluxe Templates 2008

Back to TOP